Melainkan beberapa jenis hidangan yang tidak sesuai untuk penghantaran, hampir kesemua menu kami ditawarkan menerusi McDelivery. Anda boleh melihat menu McDelivery dengan menekan butang "Menu" di laman ini.
Maaf, tetapi kami tidak menawarkan McValue Lunch dan McValue Dinner menerusi McDelivery. Sila kunjungi restoran-restoran kami dari jam 12pm sehingga 3pm setiap hari untuk tawaran McValue Lunch atau dari jam 6pm sehingga 9pm setiap hari untuk tawaran McValue Dinner.
Pesanan minima untuk McDelivery berjumlah RM18 tidak termasuk caj penghantaran dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
McDelivery ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu di kawasan-kawasan tertentu. Sila rujuk senarai kawasan penghantaran pada laman web ini untuk maklumat lanjut.
Kami cuba menghantar pesanan secepat mungkin bagi memenuhi keperluan anda. Sila tekan butang "Jejak Pesanan" bagi memeriksa jangkaan masa penghantaran.
Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan. Pada masa ini, 40% daripada restoran-restoran kami menawarkan McDelivery. Anda boleh merujuk kepada laman web kami, http://www.mcdonalds.com.my/locator/locator.asp untuk memeriksa sama ada perkhidmatan penghantaran kami merangkumi kawasan anda.
Ya, Baucer Tunai McDonald's sah digunakan menerusi McDelivery.
Maaf, kad "Be Our Guest" McDonald's tidak boleh digunakan menerusi McDelivery.
Kami tidak menawarkan kad diskaun tetapi McDonald's sentiasa menawarkan hidangan bernilai hebat untuk kepuasan para pelanggan.
Pada masa ini, kami tidak menerima sebarang kupon promosi menerusi McDelivery. Kupon promosi hanya boleh ditebus di restoran-restoran McDonald's seperti yang dinyatakan dalam Terma & Syarat pada kupon.
Ya, anda boleh membuat pertukaran atau membatalkan pesanan yang telah dibuat dengan menghubungi McDelivery 1300-13-1300, sekiranya pesanan tersebut masih berada di restoran. Sila tekan butang "Jejak Pesanan" bagi memeriksa status pesanan anda.
Bagi pesanan yang bernilai lebih daripada RM120, waktu penghantaran dijangka mengambil masa 2 jam. Bagi memastikan kepuasan pelanggan, diharapkan pesanan sebegini dapat dibuat lebih awal.
Jika anda ingin membuat pesanan awal bagi hari yang sama, anda boleh memilih sebarang masa asalkan masa yang anda masukkan merupakan waktu operasi restoran dan sekurang-kurangnya 2 jam dari masa penghantaran pesanan anda. Jika anda ingin membuat pesanan untuk hari yang berbeza, anda boleh berbuat demikian sehingga 2 hari lebih awal. Anda akan menerima e-mel pengesahan apabila anda selesai membuat pesanan anda. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM.
Buat masa ini, kami hanya boleh menerima pembayaran berbentuk wang tunai atau Baucer Tunai McDonald's.
Jika anda lupa kata laluan anda, klik "Terlupa Kata Laluan?" yang terletak di laman "Log Masuk". Kata laluan baru anda akan dihantar ke alamat e-mel anda. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM.
Anda akan menerima suatu e-mel pengesahan pesanan di alamat e-mel yang anda daftarkan. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM. Sila hubungi McDelivery 1300-13-1300 untuk memeriksa pesanan anda, jika anda masih tidak pasti mengenai pesanan anda.
Setelah anda mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda, pilih "Akaun Saya". Anda boleh mengubah maklumat akaun anda di sana.
Ya, anda boleh berkongsi akaun yang sama. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan dan keselamatan, adalah disyorkan bahawa setiap ahli mendaftar akaun baru. Ingat, ianya percuma!
Kami sentiasa mengemaskini sistem pemetaan kami untuk meliputi semua alamat yang berada dalam lingkungan setiap penghantaran restoran. Sila hantar maklumat anda kepada kami melalui ruang yang terdapat pada http://www.mcdonalds.com.my/. Sementara itu, sila hubungi McDelivery 1300-13-1300 untuk membuat pesanan anda.
Sila hubungi McDelivery 1300-13-1300 dan maklumkan kakitangan perkhidmatan pelanggan kami. Kami akan mengaturkan supaya produk yang tertinggal dihantar kepada anda.
LANGKAH 1:
Klik ‘Saya pelanggan baru – Masukkan Alamat Penghantaran’ pada laman utama
LANGKAH 2:
Isikan alamat penghantaran dan klik “Cari” untuk teruskan.
LANGKAH 3:
Sila pilih alamat yang paling tepat untuk teruskan.
LANGKAH 4:
Sahkan alamat penghantaran anda.
Jika alamat anda masih tidak disenaraikan dalam keputusan, ia mungkin berada di luar zon penghantaran kami. Sila cuba alamat lain atau hubungi McDelivery 1300-13-1300.
LANGKAH 5:
Isikan butiran anda dan klik pada ‘Daftar Account’.
LANGKAH 6:
Semak e-mel anda untuk mendapatkan kod pengaktifan anda.
LANGKAH 7:
Kini anda boleh terus membuat pesanan anda.