Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi

Terima kasih kerana melawat kami di talian internet di www.mcdonalds.com.my. Sekiranya anda terus melayari dan menggunakan laman web ini anda adalah bersetuju untuk mematuhi dan tertakluk kepada Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd) ("McDonald's® Malaysia").

Di McDonald's� Malaysia, kami melakukan segala yang boleh untuk memenuhi kepercayaan pelanggan kami ke atas jenama kami dan ini termasuk memastikan komitmen kami untuk melindungi privasi anda. Kami komited untuk melindungi dan menjaga privasi pelanggan kami.

1. Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi McDonald's�

Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini diperkenalkan selepas mengambil kira Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut mengkehendaki kami untuk memaklumkan kepada anda hak-hak anda berkaitan dengan Data Peribadi anda yang diproses atau yang dikumpul dan diproses selanjutnya oleh kami serta tujuan-tujuan pemprosesan data tersebut. Akta tersebut juga mengkehendaki kami untuk mendapatkan persetujuan anda ke atas pemprosesan data peribadi anda. Memandangkan Akta tersebut, McDonald's� Malaysia komited untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi.

2. Pengambilan Data Peribadi

Oleh itu, kami ingin memaklumkan anda bahawa jenis Data Peribadi yang diambil secara asasnya berdasarkan tujuan ianya diambil. Oleh yang demikian, bergantung kepada tujuan ianya diambil, Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk:

a. Nama.
b. Tarikh lahir.
c. Jantina.
d. Butir-butir kad pengenalan / passpot.
e. Maklumat bagi tujuan komunikasi, alamat.
f. Kewarganegaraan.

3. Tujuan Pengambilan

Data Peribadi yang dibekalkan/diberikan oleh anda kepada McDonald's� Malaysia atau diambil oleh McDonald’s� Malaysia daripada anda atau melalui sumber-sumber lain yang mungkin perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan (“diambil”) semasa ianya diminta atau diambil, akan digunakan untuk tujuan demikian dan atau bagi tujuan-tujuan berikut (secara kolektif “Tujuan-Tujuan”):

a. Menilai permohonan untuk mendaftar bagi menggunakan laman web McDonald's� Malaysia [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) - (g), (q) atau sebahagiannya, dan mungkin termasuk 2(n) sekiranya pembayaran diperlukan bagi apa-apa perkhidmatan atau produk].

b. Menilai permohonan untuk mendapatkan francais [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (q) atau sebahagiannya].

c. Menilai permohonan untuk mendapatkan pekerjaan [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (q) atau sebahagiannya].

d. Untuk berkomunikasi dengan anda [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (e), (q) atau sebahagiannya].

e. Untuk memberi perkhidmatan, memproses bil-bil dan transaksi pembayaran [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) - (g), (n), (q) atau sebahagiannya].

f. Untuk membalas /pertanyaan persoalan anda [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a), (d), (e), (q) atau sebahagiannya, bergantung kepada persoalan/pertanyaan].

g. Untuk mentadbir penglibatan dalam sebarang pertandingan/program berkaitan awam yang dikendalikan oleh kami [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) - (h), (q) atau sebahagiannya, dan mungkin termasuk 2(n) sekiranya sebarang pembayaran diperlukan].

h. Bagi aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi, tinjauan-tinjauan pasaran, trend dan analisa statistik [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) - (k), (q) atau sebahagian daripadanya].

i. Bagi aktiviti kewangan [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) - (f), (j), (l), (n), (o), (q) atau sebahagiannya].

j. Bagi tujuan penilaian kredit, kewangan dan siasatan latarbelakang apabila di dapati perlu dilakukan [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (q) atau sebahagiannya].

k. Bagi penyelenggaraan dan penjagaan rekod-rekod pelanggan [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (h), (k), (n), (q) atau sebahagiannya].

l. Mematuhi sebarang keperluan perundangan atau regulatori berkenaan dengan perkhidmatan dan produk kami dan memberi makluman menurut keperluan undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kanun acara yang terpakai ke atas kami atau afiliat kami [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam sebarang bentuk yang dinyatakan oleh undang-undang dll].

m. Untuk memasuki apa-apa perjanjian dan/atau kontrak [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (q) atau sebahagiannya].

n. Untuk menangani laporan kehilangan barangan, aduan pelanggan dan mengambil tindakan yang bersesuaian berkaitannya [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (g), (h), (k), (n), (q) atau sebahagiannya].

o. Bagi tujuan keselamatan dan pencegahan jenayah, pengurusan risiko, melindungi McDonald’s� Malaysia sekiranya terdapat sebarang tuntutan, litigasi, guaman dll [Data Peribadi yang diambil mungkin dalam bentuk 2(a) – (q) atau sebahagiannya].

p. Bagi apa-apa tujuan atau sebab lain [Data Peribadi yang diambil adalah berkait dengan tujuan atau sebab tersebut].

[Ambil maklum bahawa rujukan kepada item-item yang disenaraikan dalam klausa 2 adalah berdasarkan amalan-amalan biasa, tertakluk kepada perubahan sekiranya perlu].

Sila ambil perhatian bahawa adalah perlu untuk anda memberikan kami data peribadi anda. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses dan/atau menggunakan data peribadi anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan.

4. Hak Akses

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini, mengemukakan pertanyaan, aduan dan permintaan untuk akses atau pembetulan kepada Data Peribadi anda, atau untuk menghadkan pemprosesannya, dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Jabatan Perundangan McDonald’s� Malaysia melalui pos berdaftar di alamat berikut:

Alamat Pos :Legal Department,
Level 6, Bangunan TH,
Damansara Uptown 3,
No. 3 Jalan SS 21/39,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
U/P :Legal Director

Sebarang Data Peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan yang terpakai oleh kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.

5. Pendedahan Data Peribadi

McDonald’s� Malaysia tidak akan menjual, memindahkan atau mendedahkan Data Peribadi kepada pihak-pihak ketiga di luar Keluarga McDonald’s� Malaysia. Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan di simpan sebagai maklumat sulit tetapi, kami boleh mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak-pihak berikut:

a. Dalam Keluarga McDonald’s� Malaysia termasuk McDonald’s Corporation, pemegang-pemegang francais kami, anak-anak syarikat kami, rakan-rakan perniagaan dan afiliat-afiliat kami yang membekalkan perkhidmatan atau produk-produk yang berkaitan dengan perniagaan kami;

b. Juru audit kami, perunding, peguam, akauntan, atau penasihat-penasihat kewangan dan profesional yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;

c. Pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan kepada kami, pihak ketiga syarikat pengurusan, sub-kontraktor atau mana-mana pihak lain yang dianggap perlu oleh kami untuk membantu urusniaga anda dan kami;

d. Pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh kami berkaitan perkhidmatan penghantaran kami; dan

e. Mana-mana orang, ajensi kerajaan, badan kerajaan, badan berkanun, dan atau regulator industri yang mana kami wajib membuat pendedahan menurut undang-undang yang terpakai

Pihak ketiga ditugaskan untuk memproses Data Peribadi anda selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh McDonald’s� Malaysia dan tidak boleh menggunakannya bagi tujuan lain. Pihak ketiga juga bertanggungjawab untuk melindungi Data Peribadi anda pada tahap sekuriti yang sesuai mengambil kira undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai dan standard industri yang diterima.

6. Integriti Data Peribadi Anda

Anda bertanggungjawab memastikan bahawa Data Peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, mencukupi dan tidak mengelirukan, dan Data Peribadi tersebut adalah terkini. Kami mungkin memohon kerjasama anda untuk mendapatkan persetujuan pihak ketiga sekiranya Data Peribadi mereka dibekalkan oleh anda kepada kami, dan anda akan memberikan penuh kerjasama.

7. Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

Sekiranya diperlukan bagi mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut, Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi diluar Malaysia atau dimaklumkan kepada mana-mana syarikat yang berkait dengan kami, pemegang lesen, pemegang francais, rakan perniagaan, pembekal perkhidmatan dan/atau pihak berkuasa, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Selain daripada yang tersebut, kami tidak akan secara sedar memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia atau mendedahkannya secara sedar kepada pihak ketiga.

8. Bahasa

Mematuhi Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai.

9. Pautan kepada Laman-Laman lain

Kami mungkin menawarkan pautan kepada laman-laman web yang tidak dikendalikan oleh McDonald’s� Malaysia. Sekiranya anda melawat mana-mana laman tersebut, anda perlu menilai polisi privasi mereka dan polisi-polisi lain. Kami tidak bertanggung jawab ke atas polisi dan praktis syarikat lain, dan sebarang maklumat yang dibekalkan kepada syarikat tersebut adalah tertakluk kepada polisi-polisi privasi mereka.

10. Laman-Laman Web McDonald’s� yang Lain

Kesemua laman-laman web yang dikendalikan oleh McDonald’s� Corporation akan mematuhi polisi privasi laman-laman tersebut. Polisi sebahagian laman-laman McDonald’s� Corporation mungkin berbeza, disebabkan oleh kebiasaan, amalan-amalan atau undang-undang tempatan atau disebabkan oleh keadaan-keadaan yang unik kepada laman tersebut.

11. Perubahan kepada Polisi ini

Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini berkuatkuasa pada Februari 2014. Dari masa kesemasa, mungkin terdapat keperluan bagi McDonald’s� Malaysia untuk meminda polisi ini. Sekiranya kami meminda polisi kami, kami akan mempamerkan versi pindaan tersebut di sini, oleh yang demikian kami mencadangkan anda membuat rujukan di sini dari masa kesemasa bagi mendapatkan polisi privasi kami yang terkini.

12. Persetujuan

Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan pemprosesan Data Peribadi anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda, anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma di sini.

Terima kasih sekali lagi kerana melawat laman web kami dan meletakkan kepercaan anda kepada McDonald’s� Malaysia.